Senaman Aerobik Bersama PI1M Selising

5 Jun 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Jun 2015 (bermula) bertempat di Dewan Perhimpunan Sekolah Menengah Kebangsaan Selising,¬† Pusat Internet 1Malaysia Selising akan mengadakan “Senaman Aerobik” bersama masyarakat Selising. Program ini merupakan program tahunan Pusat Internet 1Malaysia Selising¬† yang akan diadakan pada setiap minggu bagi tahun 2015. Program ini dianjurkan dengan anjuran bersama YB DUN Selising dan mendapat kerjasama dengan pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Selising, dimana program ini juga akan melibatkan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Selising.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan sosial kemasyarakatan antara komuniti Selising dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Selising dan Pusat Internet 1Malaysia Selising di samping menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam masyarakat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas