Pertandingan Mewarna Klik Dengan Bijak

8 Jun 2015 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1Malaysia Selising akan mengadakan  “Pertandingan Mewarna Klik Dengan Bijak” pada 7 Jun 2015 bertempat di PI1M Selising. Pertandingan ini bermula pada pukul 2.30 petang hingga 6.00 petang. “Pertandingan Mewarna Klik Dengan Bijak” akan disertai oleh kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah  yang melibatkan seramai 20 orang peserta dari kalangan kanak-kanak penduduk Selising. Bagi memeriahkan lagi pertandingan ini, Pusat Internet 1Malaysia Selising menjemput bersama isteri YB DUN Selising. Pertandingan ini dijalankan bertujuan untuk pengenalan kepada ibubapa peserta  tentang kewujudan Pusat Internet 1Malaysia Selising, aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di masa hadapan dan program-program yang ditawarkan di Pusat Internet 1Malaysia Selising. Di samping untuk menambahkan keahlian PI1M Selising .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas