dikendalikan oleh TM
MCMC
PI1M
Kampung Selising, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai Pi1M
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim Pi1M
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program KDB, Advokasi dan E-Waste

19 Mac 2017 | Aktiviti Terkini

Program KDB, Advokasi dan E-Waste melibatkan pelajar sekolah rendah di Selising yang merupakan ahli Perpustakaan Desa Selising. Program ini adalah anjuran bersama Pusat Internet 1Malaysia Selising dan Perpustakaan Desa Selising yang melibatkan seramai 10 peserta yang telah menjadi ahli Pusat Internet 1Malaysia Selising.

Peserta diberi kesedaran tentang kebaikan dan keburukan media sosial (Tayangan slaid/video KDB), kempen mendidik Semak Label Anda dan tentang apa itu e-Sisa (Bahaya e-Sisa). Program ini diselitkan bersama dengan aktiviti kraftangan (Kolaj tupai dan Musking Tape Mummy) , Puzzle KDB dan melukis menggunakan perisian Paint (ICT).

Diharapkan program ini dapat menerapkan nilai kepimpinan, ketekunan, bekerjasama dan berdikari di kalangan peserta. Dalam aktiviti yang diadakan peserta memberikan kerjasama dan kesungguhan yang baik dalam menjalani setiap aktiviti. Syabas, semoga akan menjadi pelajar yang bertanggungjawab dan berdisiplin.

Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti:

  • Penerangan Klik Dengan Bijak
  • Kempen Semak Label Anda
  • Penerangan e-Sisa
  • Kraftangan (Kolaj tupai & Musking tape mummy)
  • Melukis dan mewarna menggunakan perisian Paint

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2016 Semua Hakcipta Terpelihara.